By Seema Muhammad Belushi
Translated by Farah Chaulad
Read the original article HERE
Saya berharap agar anda semua mendapat Ramadhan yang diberkati, Insya Allah!
Translated by Farah Chaulad
Read the original article HERE
Bismillah
Allah Subhanahu wa ta’laa berfirman di dalam Al-Quran: Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia kecuali mereka harus menyembahKu. [Adh-Dhariyat 51:56]
Dalam ayat ini, al-Quran mengingatkan kita tentang tujuan kehidupan kita, bahawa kita (manusia) telah diciptakan hanya untuk menyembah Allah semata-mata … Ramai orang terutamanya generasi muda hari ini mungkin berfikir sebaliknya, bahawa jika manusia telah dicipta hanya untuk menyembah Allah Subhanahu wa ta’alaa kemudian mengapa Dia telah menciptakan para malaikat yang ditugaskan untuk menyembah-Nya semata? Allah Subhanahu wa ta’alaa telah menciptakan para malaikat yang menyembah Allah sepanjang masa, sebelum manusia pertama diciptakan iaitu Nabi Adam (as)! Terdapat malaikat yang berada dalam keadaan bersujud sepanjang masa; terdapat malaikat yang memuji Allah siang dan malam, dan mereka melakukannya dengan cara yang lebih baik daripada manusia.
Tiada keraguan bahawa para malaikat telah menyembah Allah sebelum manusia tercipta tetapi terdapat perbezaan besar antara penyembahan malaikat dan manusia kepada Allah … Para malaikat yang bebas daripada dosa telah telah diberi kelebihan untuk menyembah Allah dengan mudah dan tak henti-henti tanpa rasa letih, kerana mereka telah diprogramkan dalam segala keadaan untuk sentiasa taat kepada tuhan mereka dan tidak mempunyai kebebasan untuk berbuat mengikut kehendak mereka. Oleh sebab itu mereka tidak berasa lapar, dahaga atau mempunyai keinginan seksual. Walaupun para malaikat bersih daripada melakukan dosa, sebenarnya mereka tidak menerima bisikan dari syaitan seperti manusia. Dan pada hakikatnya Malaikat tidak mempunyai apa-apa ganjaran dari Allah Subhanahu wa ta’alaa untuk penyembahan mereka! Sedangkan kita (manusia) telah diberi kesempatan di dunia untuk mengumpul sebanyak mana ganjaran yang kita mahu apabila beribadah kepada Allah subhanahu wa ta’ala… Subhanallah!
Jadi jika Malaikat tidak makan, ia bukan masalah besar kerana keinginan untuk makan memang secara semulajadinya tidak pernah wujud pada mereka. Tetapi manusia dilahirkan lemah dengan semua keperluan hidup seperti makan, minum dan keinginan seksual walaupun para Rasul; ciptaan yang terbaik dari semua ciptaanNya turut makan dan minum untuk terus hidup. Justeru jika manusia berasa lapar dan menahan nafsu makan kerana Allah Subhanahu wa ta’alaa telah memerintahkan untuk berpuasa dari pagi hingga petang, maka ini adalah benar-benar sesuatu yang mengagumkan kerana para malaikat tidak dapat melakukannya. Allah telah berfirman puasa adalah untukKu dan Aku akan memberi ganjaran kepada orang yang berpuasa … tidakkah sesuatu yang indah untuk menerima pahala kerana taat kepada Pencipta kita dan menggembirkan-Nya? Adakah kita diberi ganjaran besar apabila berpuasa seharian? Ya, sudah tentu! Bagaimana?
Sebenarnya, puasa membantu kita untuk mencapai Taqwa Allah iaitu satu perasaan di mana kita mengagungkan Pencipta kita sepanjang masa. Allah Subhanahu Wa Taala berkata yang diterjemahkan sebagai: “Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).” Al-Baqarah: 197. Sebenarnya hanya orang-orang yang bertakwa dan soleh yang benar-benar gembira dalam kehidupan ini. Dengan menyembah Allah, mereka akan menduduki barisan tertinggi di dalam Syurga di Akhirat nanti.
Wahai orang-orang yang beriman, bulan yang diberkati Ramadan sedang menghampiri kita, bulan di mana Allah Subhanahu Wa Taala telah mewajibkan ke atas kita untuk berpuasa supaya kita menjadi orang yang beriman, soleh, takut dan bertaqwa kepada Allah, kita manusia mempunyai rahmat anggota badan, seperti mata, telinga, tangan, lidah, perut dan anggota sulit. Hati adalah pemimpin dan penyelia semua ini. Hati 'berpuasa' apabila ia mengarahkan ibadat dan khidmat sepenuhnya semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wa Taala. Ini dapat dilakukan dengan mengagungkan KemuliaanNya, mencari kedekatan kepada-Nya, mendekati-Nya dan berdoa kepada-Nya.
Malangnya hari ini manusia terus berkira-kira berapa lama kita harus berpuasa pada tahun ini, kerana ia adalah pada musim panas!! Ya, ia akan menjadi agak susah, jadi adalah sangat penting untuk makan makanan yang akan memberi anda khasiat yang betul sepanjang hari bekerja … kerana berpuasa bukan hanya tentang makan atau minum tetapi untuk keperluan rohani kita yang merupakan perkara yang paling penting bagi kita, di sini para malaikat tidak diberi peluang untuk mengalami perkara ini, dan Allah telah hanya diberi peluang ini kepada kita manusia untuk manfaat kita sendiri. Di samping itu, anda perlu berniat dan betul-betul sedar bahawa ia adalah semata-mata kerana Allah Subhanahu wa taalaa (bayangkan ganjaran yang anda akan berkumpul di Akhira, salah satu yang Anda akan dapat memasuki Syurga melalui pintu yang dipanggil ar-Rayan yang dikhaskan untuk orang-orang yang berpuasa! Seperti perkhidmatan VIP hanya untuk orang yang berpuasa! Subhanallah!)
Satu perkara yang anda mesti syukuri adalah kesedaran bahawa anda mempunyai makanan untuk dijamah, tidak seperti beberapa orang di seluruh dunia yang hanya mempunyai mungkin satu hidangan (atau tiada langsung) dan mungkin meninggal dunia dalam kelaparan. Jadi sediakan diri anda secara psikologi dan fahami bahawa bulan ini adalah peluang anda untuk mendapat keampunan atas semua dosa-dosa anda (11 bulan yang lepas!) Insya Allah, kerana hanya Dia yang tahu jika ini mungkin Ramadhan terakhir kita.
Jika anda memasuki bulan ini dengan sifat optimistik, inilah bakal menjadi hasilnya. Jika anda memasuki bulan Ramadan dengan sikap negatif, maka begitulah anda akan rasa di sepanjang bulan itu…
Bersyukurlah kepada Allah Subhanahu wa taalaa, kerana Dia telah meminta kita berpuasa hanya untuk 30 hari daripada 365! Subhanallah!
Saya berharap agar anda semua mendapat Ramadhan yang diberkati, Insya Allah!
Saya suka untuk mendengar pandangan anda tentang tulisan ini. Sila kongsikan di bahagian ulasan di bawah :)
0 comments:
Post a Comment