By Rubina Siddiqi
Translated By Farah Chaulad
Read the original Article HERE
Apa yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan keampunan Allah di 10 malam terakhir?
Amalan beriktikaf:
Diriwayatkan Shaddad bin Aus (Radhi-Allahu ‘anhu), Rasulullah (salAllahu alayhi wa sallam) berkata:
Saya suka untuk mendengar pandangan anda tentang penulisan ini. Sila kongsikan dengan saya dalam ruangan komen di bawah :)
Translated By Farah Chaulad
Read the original Article HERE
Bismillah
Allah subhanahu wa ta’ala telah berfirman dalam Quran:
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
2. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
5. Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
Surah 97:1-5 Al-Qadr (Malam Lailatul-Qadar)
Abu Hurairah (RA) melaporkan bahawa Rasulullah sal Allahu alayhi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati, Allah memerintahkan berpuasa di dalamnya. Pada bulan itu, dibukakan segala pintu syurga, dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa yang tidak diberikan kebajikan malam itu, bererti telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan.” (Ahmad, an-Nasa’i-dan al-Baihaqi)
Pada malam ini satu keajaiban telah berlaku dalam sejarah manusia apabila ayat pertama Al-Quran telah diturunkan kepada Rasul tercinta Muhammad sal Allahu alayhi wa sallam. Ini adalah malam penghormatan dan prestij dimana hambaNya yang setia diberi ganjaran. Segala pahala akan digandakan dengan rahmat Allah. Kerana keberkatan yang agung pada malam ini, para malaikat turun dari Syurga. Mereka turun dalam jumlah yang besar dengan rahmat Allah. Mereka melawat orang-orang yang beriman dan ikhlas menyembah Allah subhana wa ta’ala.
Sama ada mereka membaca Al-Quran, berzikir (mengingati Allah) atau solat. Kita harus beribadah dengan keikhlasan dan kesungguhan yang tinggi untuk mencari keredhaan Allah, dan mempunyai keyakinan yang kuat bahawa segala kebaikan akan diberi ganjaran.
Abu Hurairah (ra) melaporkan bahawa Nabi Muhammad sal Allahu alayhi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang berdiri di dalam solat dan ibadah pada malam Qadar, dengan niat yang ikhlas dan dengan harapan mendapat ganjaran, dosanya yang telah lalu diampunkan.” (Bukhari dan Muslim )
Tarikh yang tepat Laylatul Qadr tidak diketahui umum. Mungkin hikmahnya adalah Yang Maha Kuasa mahu kita untuk terus bekerja keras sepanjang bulan Ramadhan untuk mendapat rahmat, keampunan dan keredhaan-Nya. Rasulullah salallahualayhiwasallam berusaha dengan gigih untuk mencari Laylatul Qadr dalam sepuluh malam terakhir Ramadan.
Ibn Abbas seperti katanya: Rasulullah sal Allahu alayhi wa sallam berkata, “Carilah Malam Lailatul-Qadar pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan, pada malam apabila sembilan atau tujuh atau lima malam kekal daripada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan (iaitu 21, 23 dan 25).” (Bukhari)
Apa yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan keampunan Allah di 10 malam terakhir?
Amalan beriktikaf:
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah ra (isteri Nabi) Rasulullah sal Allahu alayhi wa sallam mengamalkan Itikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadan sehingga dia meninggal dunia dan kemudian isteri-isterinya turut mengamalkan itikaf. (Bukhari)
Mereka yang tidak boleh menghabiskan banyak masa beritikaf kerana sibuk dengan anak-anak atau aktiviti-aktiviti lain, boleh berniat Itikaf untuk jangka masa yang pendek pada bila-bila masa yang mengizinkan.
Memperhebatkan du’a - Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk berdo'a sebanyak mingkin untuk semua perkara dan semua orang. Berdo'alah untuk umat Islam dan juga semua manusia yang sedang menderita dengan niat yang ikhlas bahawa Tuhan kita mendengar do'a kita dan mengurniakan kepada kita apa sahaja yang halal yang kita inginkan dan apa yang baik untuk kita, Ameen. Selain daripada mendirikan sembahyang, do’a adalah hubungan terkuat antara kita dan Allah yang sentiasa ada untuk kita, mendengar keperluan kita dan bersedia untuk mengurniakan rahmat-Nya kepada kita.
Aisyah, (ra) melaporkan bahawa dia bertanya Rasulullah sal Allahu alayhi wa sallam, “Wahai Rasul Allah! Jika aku mengetahui malam Laylatul-Qadar, apakah yang perlu aku baca? ” Dan Rasulullah salallahu alayhi wasallah menyuruh beliau berkata: “Ya Allah! Engkau adalah Maha Pengampun, dan Engkau mencintai keampunan. Oleh itu ampunkanlah aku." (Riwayat oleh Ahmad, Ibn Majah dan At-Tirmithi)
Bertaubat dengan ikhlas - Kita perlu bersungguh-sungguh meminta Allah subhaanahu wa ta’aala untuk mengampuni dosa-dosa yang kita yang telah lakukan secara sengaja atau tidak sengaja. Menangislah dan mintalah keampunan-Nya. Betaubatlah atas segala perbuatan terhadap orang lain yang menyakiti mereka dan yang paling penting, bertaubat untuk dosa-dosa kita yang telah membuat Allah subhanahu wa ta’ala murka. Berdo'alah untuk saudara se-Islam yang sudah kembali ke Rahmatullah dan mintalah keampunan bagi pihak mereka.
Diriwayatkan Shaddad bin Aus (Radhi-Allahu ‘anhu), Rasulullah (salAllahu alayhi wa sallam) berkata:
“Cara yang paling mulia untuk meminta ampun dari Allah: Wahai Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada yang berhak disembah melainkan Engkau, Engkau ciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu, aku penuhi perjanjian dengan Mu, dan ikrarku kepada Mu seboleh-bolehnya. Aku berlindung kepada-Mu dari segala kejahatan yang telah aku lakukan. Aku akui akan rahmat-Mu dan aku akui segala kesalahanku. Ampunilah aku, kerana tidak ada sesiapapun yang boleh mengampunkan dosa melainkan Engkau.
Nabi (salAllahu alayhi wa sallam) menambah: “Jika seseorang membaca do’a ini pada siang hari dengan iman yang teguh di dalam hatinya, dan meninggal dunia sebelum petang pada hari tersebut, dia akan menjadi dari penduduk Syurga; dan jika seseorang membaca pada waktu malam dengan iman yang teguh di dalamnya, dan meninggal dunia sebelum pagi, dia akan menjadi dari orang-orang Syurga.”[Sahih Bukhari - Book 75: Hadith 318].
Zikir - Meningkatkan jumlah Zikir (melebihkan solat sunat, membaca quran, Tasbeeh dan sebagainya). Semasa membaca al-Quran cuba untuk memikirkan makna ayat-ayat yang anda baca dan dalami ayat-ayat tersebut. Semasa solat cuba untuk membuat solat anda lebih lama, lebih mendalam dan bermakna. Jika anda biasa dengan surah yang lebih panjang, hafaz terjemahan dan kemudian baca surah ini dalam solat (qayam-ul-lail atau solat malam), dalami makna ayat tersebut tatkala solat.
Diriwayatkan Aishah: Pada permulaan sepuluh hari terakhir Ramadan, Nabi telah bekerja keras untuk berdoa dan beribadah sepanjang malam, dan juga mengejutkan keluarganya untuk solat. (3:241 Bukhari)
Bulan ini adalah bulan yang sangat berharga dan bermanfaat untuk jiwa kita dan akhira dan kita bertanggungjawab ke atas keuntungan dan kerugian kita. Alhamdulillah, kita masih bernyawa untuk hari ini, diberkati dengan peluang untuk mengalami satu lagi bulan Ramadan dan bertaubat daripada semua salah laku kita.
Kita harus mengambil kesempatan ini untuk berusaha meningkatkan amalan baik kita dan mengambil kesempatan sepenuhnya atas peluang keemasan ini ini. Sebahagian daripada saudara kita yang hidup dan aktif pada Ramadhan yang lalu, telah tiada pada tahun ini, semoga Allah menganugerahkan mereka Syurga, ameen. Ramadhan ini mungkin peluang terakhir untuk kita, jadi kita harus lakukan yang terbaik untuk mendapat keredhaanNya. Semoga Allah membimbing kita ke jalan yang lurus dan kurniakanlah kepada kami rahmat-Nya, keampunan dan pembebasan dari api neraka, Ameen.
Saya suka untuk mendengar pandangan anda tentang penulisan ini. Sila kongsikan dengan saya dalam ruangan komen di bawah :)
0 comments:
Post a Comment