Aug 11, 2012

Istimewa Ramadhan: Adakah Kita Menyedari Keistimewaan Laylatul Qadr?

By Ni'mah Ali
Translated by Farah Chaulad
Read the original article HERE


Bismillah


Seperti mana bulan Ramadan adalah lebih istimewa daripada bulan-bulan yang lain, sepuluh malam terakhir Ramadan adalah lebih istimewa daripada 19 atau 20 malam pertama Ramadan kerana bahawasanya dalam sepuluh hari yang terakhir terdapat satu malam yang sangat penting yang dinantikan oleh semua umat Islam, malam yang paling diberkati daripada mana-mana malam lain dalam semua bulan. Malam itu adalah Laytul Qadar dan di dalam al-Quran Allah subhanahu wa ta’ala telah berfirman tentang malam ini:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! 
[Al-Qadr, Surah 97: 1 - 5]

Malam yang lebih baik daripada seribu bulan! MashaaAllah, bayangkan pahala yang kita akan perolehi pada satu malam jika kita benar-benar menghabiskan seluruh malam itu melakukan ibadah kepada Allah subhanahu wa ta’ala seperti solat, membaca al-Quran dan melakukan banyak zikir? SubhanAllah! Ini adalah satu malam yang mengandungi banyak peluang untuk kita dapatkan baraqah! Ia adalah malam di mana Allah akan menjawab semua du’a anda, subhanAllah. 

Semua umat Islam yang beribadah dengan ikhlas harus berharap untuk mendapatkan malam Laylatul Qadr dengan kegembiraan. Kita bukan sahaja mempunyai peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah pada malam yang mulia ini, tetapi dengan izin Allah subhanahu wa ta’ala segala du’a kita mungkin menjadi kenyataan. Hanya Allah subhanahu wa ta’ala yang berkuasa untuk menjadikan kita seorang Muslim yang lebih baik, melindungi kita selamanya daripada shaitan yang direjam dan mengukuhkan keimanan kita terhadapNya. 

Ini adalah sebabnya mengapa sepuluh malam terakhir adalah begitu istimewa, dan kita lihat ramai orang Islam mengisi masjid pada sepuluh malam terakhir Ramadan. Kerana kita yakin dan tahu yang Laylatul Qadr akan jatuh pada sepuluh malam terakhir Ramadhan, kita perlu cuba sedaya upaya untuk mempersibukkan diri dengan mengingati Allah, berdoa solat, membaca Al-Quran, dan membuat banyak du’a kepada Allah sehingga akhir Ramadan. 

Tidak ada yang pasti bilakah masanya Laylatul Qadr akan muncul, tetapi apa yang kita ketahui dari hadith Nabi salAllahu’alayhiwasallam bahawa ia adalah malam bernombor ganjil yakni malam 21, 23,25,27, atau 29. Dalam satu laporan oleh Al-Bukhari, Nabi Muhammad Salalahu Alaihi Wasalam berkata, “Carilah ia (malam Qadr) pada malam-malam ganjil di sepuluh hari terakhir Ramadan”. 

Dalam hadith lain, beliau berkata, “Carilah malam di sepuluh hari terakhir, dan jika sesiapa di antara kamu adalah lemah, atau tidak boleh mematuhinya dia tidak harus ketinggalan 7 hari hari terakhir. (Muslim). 

Malah, perkara dasar dalam setiap hadith sahih mengatakan bahawa malam itu didapati di sepuluh hari terakhir Ramadan. Walaupun kita tidak tahu malam tersebut adalah Laylatul Qadr, ada beberapa tanda yang menunjukkan ia adalah malam yang dinantikan itu. Ulama telah menerangkan tanda-tanda ini dan kita perlu memerhatikan tanda-tanda untuk menentukan apabila malam istimewa ini telah datang, tetapi sesungguhnya Allah sahaja yang tahu.

Sekarang kita tahu kepentingan dan kerahmatan Laylatul Qadr, apakah tanda-tanda yang boleh kita lihat yang menunjukkan bahawasanya memang malam tersebut adalah malam yang terpilih? Terdapat beberapa tanda: pada malam yang sama, dan kemudian pada keesokan harinya.

Pada malam ini, cuaca menyenangkan, ia tidak panas atau sejuk.
Malam yang cerah,
Tiada meteor yang dilihat jatuh dari langit
Keesokan harinya, matahari terbit tetapi tiada sinaran terang yang dapat dilihat oleh mata kasar
Pada hari berikutnya matahari naik dengan merah

Untuk rujukan hadis, sila layari pautan ini.

Kesimpulannya, seluruh bulan Ramadan adalah satu bulan yang diberkati yang dipenuhi dengan peluang yang begitu banyak untuk kita mendekatkan diri kepada Allah. Sepuluh hari terakhir Ramadan adalah waktu Laylatul Qadr akan muncul, jadi kita semua harus cuba dengan bersungguh-sungguh untuk mengambil kesempatan sepenuhnya dengan peluang-peluang di bulan Ramadan. Semoga Allah Yang Maha Besar dan Maha Hebat menerima du’a kita, puasa kita, dan zakat dan segala perbuatan-perbuatan yang baik yang kita lakukan demi-Nya sahaja. Semoga Allah memberikan kita perlindungan daripada musuh kita, syaitan yang terkutuk! Semoga Allah merahmati kita dan memberi ganjaran kepada usaha kita dengan memberikan limpah rahmat dan memasukkan kami ke Jannah-Nya yang indah di akhirat. Allahuma Amin!!!

0 comments:

Post a Comment