Aug 4, 2012

Istimewa bagi Muslimah: Matikan api itu

By Farheen Naaz
Translated by Farah Chaulad
Read the original article HERE


Bismillah

Jika anda memikul tanggungjawab untuk menjaga dan memasak dalam rumah anda, dan acapkali wanita di seluruh dunia mempunyai tanggungjawab ini, maka anda boleh lihat bahawa kebanyakan Ramadan anda dihabiskan di dapur yang panas dan bukannya di tikar sembahyang.

Saya pernah mengadu kepada seorang kawan tentang bagaimana begitu ramai wanita Islam seolah-olah terlepas nikmat Ramadan atas prinsip untuk menyediakan makanan yang banyak dan lazat pada waktu Iftar, dan kawan saya telah berkongsi satu cerita yang menarik.

Kawan saya berasal dari Mesir, dan dia menceritakan bagaimana ibunya dan wanita-wanita dalam kejiranan beliau sebenarnya bersaing antara satu sama lain pada bulan Ramadan untuk bermegah dengan makanan yang telah mereka masak. Dalam erti kata lain, mereka telah bertanding untuk merebut gelaran “Pembuat kuih terbaik dari seluruh Alexandria.” Perkara ini masih terjadi walaupun pada hakikatnya para lelaki dan Imam menyuruh wanita untuk menghabiskan bulan Ramadhan dengan beribadah dan penyertaan aktif di masjid.

Ramadan ini, marilah kita berusaha menghapuskan halangan dalaman dan luaran untuk kejayaan rohani.

Di peringkat rohani, mari kita mulakan dengan mengenalpasti perasaan cemburu yang ada di dalam hati kita kita. Anda tahu apa yang saya cakapkan: orang-orang yang boleh bekerja sepenuh masa, membawa anak-anak ke aktiviti ko-kurikulum dan masih memegang gelaran "grand Iftar" di rumah mereka.

Kini kita sudah bersedia untuk melakukan sesuatu terhadap halangan terbesar yang mengganggu kejayaan rohani setiap bulan Ramadan: keluarga. Kita mengasihi mereka dan tidak dinafikan, tuntutan mereka untuk makanan yang tinggi lemak, garam dan gula mungkin mengganggu ibadah anda pada bulan Ramadan ini. Tetapi perkara ini setiap hari seolah-olah tidak menepati tujuan utama berpuasa. Ingat, ianya tentang kawalan diri, walaupun selepas kita dibenarkan untuk makan pada waktu Iftar.

Berikut adalah pelan lapan langkah untuk membantu anda mendapat lebih banyak masa di bulan Ramadan untuk beribadah:

  1. Adakan mesyuarat keluarga pada hari ini juga. Kita mempunyai hampir seminggu sebelum Ramadan bermula. Pilih hari dan waktu di mana semua ahli keluarga boleh hadir.
  2. Sampaikan suatu contoh menu Iftar pada mesyuarat itu (saya akan jelaskan mengapa)
  3. Mulakan mesyuarat dengan berbincang tentang makanan. Kemudian apabila semua orang selesa, terangkan bahawa pada bulan Ramadhan anda hanya akan memasak makanan tersebut lima kali dalam bulan Ramadan ini: sekali seminggu dan sekali apabila tetamu dijemput.
  4. Apabila perkara tersebut telah dapat diterima, terangkan lagi kepada keluarga anda bahawa anda ingin menjadikan Ramadan sebagai masa untuk menjadi lebih dekat kepada Allah. Anda tidak boleh beribadah dengan khusyuk jika anda terpaksa menghabiskan sebahagian besar masa anda memasak dan membersih. Anda harus bersikap tegas tetapi lembut.
  5. Bincangkan pelan makanan untuk Ramadan. Minta semua orang yang hadir untuk berkongsi jenis hidangan bernutrisi yang mereka ingin makan.
  6. Setelah semua idea-idea telah diberikan, adakan jadual supaya semua orang turut serta. Terangkan bahawa anda masih memegang tanggungjawab utama untuk memasak, tetapi ahli keluarga yang lain bertanggungjawab untuk membantu sama ada dengan urusan sebelum Iftar (menetapkan jadual, memanggil semua orang untuk makan dan sebagainya) dan yang selepas Iftar (membasuh pinggan mangkuk / mengelap meja, menyapu, dll).
  7. Kuatkuasakan jadual untuk kanak-kanak dengan ganjaran. Untuk anak-anak kecil, tampal carta dengan pelekat bagi setiap hari mereka menawarkan bantuan. Beri mainan kecil atau hadiah pada akhir setiap dua minggu untuk memberi mereka motivasi. Untuk anak-anak yang lebih tua, anda boleh berjanji untuk menghabiskan masa sehari suntuk dengan mereka melakukan sesuatu yang mereka sukai selepas Ramadan atau memberi sesuatu yang berharga kepada mereka (contohnya, membenarkan mereka menggunakan kereta jika mereka memandu).
  8. Bagi suami, rakamkan penghargaan anda secara lisan dengan mengucapkan terima kasih dan terangkan bagaimana bantuan daripadanya adalah rangsangan spiritual yang sebenar.


Jika rancangan ini berjaya dilaksanakan, anda boleh lanjutkan ia sepanjang tahun, dan dengan itu anda boleh perolehi lebih banyak masa untuk menumpukan perhatian kepada keperluan kerohanian anda. Jika anda boleh melaburkan banyak masa di tikar sembahyang lebih daripada di dalam dapur hanya pada bulan Ramadhan pada tahun ini, ia masih sangat berbaloi.

Jadi majulah. Berhenti memasak dan bersedia untuk membuat mesyuarat keluarga yang telah saya sebutkan!

0 comments:

Post a Comment